Monday 22 August 2011

Bisikan Laknatullah


MENURUT Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Malah, syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi ia tidak melupakan manusia.

Imam al-Ghazali menjelaskan tiga cara dicadangkan bagi memerangi serangan syaitan, iaitu:
# Mempelajari taktik tipu daya syaitan atau strategi se rangannya.

# Tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggap hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau maklum balas, sebaliknya ia lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukan nya.

# Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah.

Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia.

Was-was adalah anak panah yang dilepaskan oleh syaitan ke dalam hati manusia dan bersarang di hati. Was-was juga mampu menguasai bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia.

Bisikan hati nurani juga dapat dipengaruhi oleh ilham. Ilham adalah lintasan fikiran yang lebih khusus iaitu menyeru ke arah kebaikan, datang daripada Allah melalui malaikat, manakala was-was bisikan hati yang menyeru kepada ke jahatan, datang daripada syaitan.

Was-was itu penuh dengan tipu daya, kadangkala menyeru manusia kepada kebaikan sebagai umpan bagi memerangkap manusia. Contohnya, syaitan mempengaruhi manusia me ngerjakan ibadat sunat dan meninggalkan ibadat wajib.

Menurut al-Ghazali, lintasan was-was datang daripada syaitan yang menyeru manusia kepada kejahatan. Tetapi ilham turun daripada Allah atau malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru manusia kepada kebaikan dan kebajikan.

Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia. Dua cara bagi mengesan tipu daya laktullah;

1- bisikan 2- gambaran/kelibat

Jika ini berlaku, perbanyakkan bacaan ayat Al Qoran terutama sekali surah Al Mukminun:98 dan Al Kahfi:98. Pejamkan mata dan tawajjuh pada Allah SWT..sambil menekan kedua-dua mata dengan jari sehingga kelihatan satu gambaran sinaran. Fokus pada sinaran tersebut sambil berzikir. InshaAllah, dengan izinNYA saudara-saudariku akan melihat kehebatan Allah SWT dalam keadah perubatan ini. Yakin sepenuhnya pada Allah SWT, makhluk tiada kuasa..Yang Berkuasa hanyalah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah..

3 comments:

  1. Selain daripada itu;
    1- fahami apa yang dimaksudkan Asma Ulhusna bagi menjelaskan sifat Allah SWT terhadap hambaNya.

    2- Hakikat tiada sekutu dalam kerajaan Allah SWT melainkan Dia. Yang ada sekutu yang termaktub dalam AlQoran adalah Iblis laknatullah bersama syaitan.

    3- Salah satu daripada peralatan Iblis laknatullah adalah perempuan @ jin betina @ anak patung/bidadari cap botol. Pada hakikat dalam AlQoran, Allah SWT menjelaskan bahawa bidadariNya tidak pernah disentuh oleh manusia ataupun jin..

    ReplyDelete
  2. Soalan:

    1- Adakah bisikan merupakan satu lakonan yang sedang berlangsung dan anda adalah salah seorang dari pelakonnya? Seolah-olah gambaran shooting itu adalah untuk dipamerkan kepada Allah SWT.. Pada hakikat Allah SWT, Maha Melihat..Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar..

    ReplyDelete
  3. And the Day when He will gather all mankind together, He will ask the angels, "Did they really worship you?"61 They will reply, "Glory be to Thee: our connection is with Thee, not with them.62 They, in fact, worshiped the jinns, not us. It was in them that most of them believed."63 (At that time We shall say:) "Today you can neither help nor harm one another." And to the wrongdoers We shall say, Now taste the torment of Hell which you used to deny."

    ReplyDelete